Monday, November 2, 2009

MeNgUmPaT/GhIbAh

1. Mukaddimah
Tajuk diatas merupakan suatu tajuk yang kurang senang untuk didengari kerana ianya suatu tabiat yang sering kita lakukan dalam kehidupan seharian; malah ada ketikanya menjadi kegemaran pula. Renungan yang dimaksudkan berkaitan dengan mengumpat atau ghibah. Ianya adalah bersangkutan dengan kehormatan dan keperibadian seseorang. Ia bukan sahaja menimbulkan keaiban kepada orang yang diumpat malah menampakkan keaiban serta keburukan Si pencerita.
Allah (S.W.T.) telah menetapkan nash yang berupa celaan keras tentang mengumpat dalam firmannya :
Janganlah sesetengah dari kamu semua itu mengumpat sesetengahnya. Apakah seseorang itu suka makan daging saudaranya dalam keadaan telah mati, tentulah kamu semua tidak menyukainya yang sedemikian itu;(Surah Hujurat ayat 12)
Rasullah (S.A.W.) pula pernah berpesan agar kita menjaga lidah mengenai hal orang yang membuka rahsia orang lain dalam sabdanya:
Wahai kumpulan orang yang beriman dengan lidahnya tetapi tidak masuk kedalam jiwanya! Janganlah kamu mengumpat orang Islam dan janganlah mengesan atau mencari-cari rahsia mereka kerana barang siapa mengesan rahsia mereka, Allah akan buka rahsianya. Dan barang siapa Allah buka rahsianya maka dimalukan dia dalam rumahnya (sekali pun dirahsiakannya).
Dalam hal ini pernah Talhah (sahabat Rasullah(S.A.W.)) menyesali tindakannya mengesan tingkahlaku Saidina Umar yang sering berkunjung ke rumah seorang perempuan buta yang lumpuh kerana membantu wanita tersebut.
Dengan itu adalah penting seseorang cuba menutup kelemahan saudaranya kerana ganjaran besar yang akan diterima disamping jaminan kelemahan/keaibannya ditutupi oleh Allah, atau sekurang-kurangnya takut kepada amaran Allah (S.W.T) dalam firmannya:
Sesungguhnya mereka yang suka menyebar kejahatan dalam golongan orang - orang yang beriman, akan mendapat ahzab yang payah didalam dunia dan akhirat;(Surah Al-Nur ayat 19)
2. Definasi mengumpat/ghibah
Rasullah (S.A.W) telah memberi pengertian mengumpat sebagai apabila engkau menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu yang tidak disukainya.marah benci dan sebagainya.
3. Perkara-perkara yang sering menjadi umpatan:
3.1 Kekurangan fizikal - seperti juling, hitam, terlalu pendek, terlalu gemuk, tempang dan sebagainya.
3.2 Keturunan seseorang - keturunan fasik, seseorang yang hina dina atau keburukan lain dalam keturunan seseorang.
3.3 Pekerti seseorang - Bakhil, suka menonjol milik/jasanya, pemarah, pengecut, lemah pendirian dan sebagainya.
3.4 Kelakuannya - Pencuri, pembohong, peminum arak, pengkhianat, zalim, lemah ibadat seperti cuai sembahyang, puasa zakat, membiarkan orang tuanya dll.
3.5 Keperibadiannya - Tidak sopan/biadap, banyak cakap, kuat makan dll. Serta lain-lain perkara yang melibatkan menceritakan hal orang jika beliau tahu marah samada dalam bentuk kata, lisan, celaan, isyarat, tulisan yang bermaksud mengumpat.
4. Apakah orang yang mendengar juga termasuk melakukan umpatan/ghibah?
Ianya bergantung kepada reaksi pendengar. Ia sama mengumpat/bersubahat jika :
- Menunjukkan ketaajubannya lalu seolah-olah suatu pendorong agar yang mengumpat lebih giat dan bersemangat untuk mengumpat terus.- Mengiakan seperti berkata mudah-mudahan kita dijauhkan Allah dari cubaan yang sedemikian.- Berdiam diri sewaktu mendengar ada orang mengumpat orang lain.
5. a. Reaksi sewajarnya elak bersubahat
- Baiknya diwaktu kita mendengar orang mengumpat, langsung kita mengingkari dengan lisan iaitu menyuruh berhenti mengumpat.- Alihkan perbicaraan lain- Jika gagal hendaklah mengingkari dalam hati (takut menentangnya).
b. Cara mengelak mengumpat
i. Pesanan Ibnu Abbas;
Jikalau engkau hendak menyebut-nyebut cela orang lain, maka cobalah dahulu engkau ingat-ingatkan dan sebut-sebutkan cela-cela yang ada dalam dirimu sendiri;
ii. Menginsafi benar akan akibatnya yakni kemurkaan Allah S.W.T; seksa orang yang mengumpat dan takut ancaman-ancaman yang akan dihadapkan padanya.
iii. Sibukkan diri mengubati kekurang diri supaya kelemahan dan kekurangan tersebut tidak diumpati. Oleh itu tidaklah sibuk hendak mengubati cela orang lain. Seperti Rasullah S.A.W, Berbahagialah seseorang yang disibukkan oleh celanya sendiri daripada melihat-melihat cela orang lain;
iv. Obat yang paling mujarab ialah kekuatan keimanan dalam jiwa kerana kekukuhan iman ini sajalah yang akan dapat menghindarkan dari segala ucapan buruk.
6. Implikasi dari umpatan :
i. Punca pergaduhan, perselisihan, salah faham dan berkaitan.ii. Tidak bertegursapa membawa kepada terputusnya hubungan siratulrahim.iii. Perpecahan ummah.
Bidalan Melayu berkaitan dengan lisan dan kesan umpatan
i. Lidah lebih tajam dari mata pedang.ii. Sebab pulut santan binasa. Sebab mulut badan merana .
7. Sebab-sebab yang mendorong orang mengumpat
i. Ingin melenyapkan kemarahan:
Apabila marahkan seseorang, dilepaskan dengan menceritakan keburukan/kelemahan orang yang dimarahi.didendami. Jadi ia mengumpat mengata yang bukan-bukan. Punca disini ialah kemarahan serta dendam dalam hati.
ii. Kemegahan diri:
Keinginan agar disifatkan lebih tinggi martabat lebih megah dan mulia dari orang yang diumpati dengan menyebut kejelekan orang tersebut.
iii. Kedengkian:
Iri hati melihat orang yang selalu dipuji dan dimuliakan. Jadi ia mencari jalan/kelemahan dan keburukan orang tersebut agar orang itu tidak lagi dipuji atau dimuliakan.
iv. Saja suka-suka:
Bersendagurau untuk ketawa-ketawa yang tidak ada munafaatnya iaitu memeriahkan suasana gurausenda dengan menyebut cela-cela orang lain tujuannya semata-mata untuk menjadi bahan ketawa selalunya dari segi meniru perlakuan orang yang diumpati.
v. Penghinaan:
Iaitu menganggap hina, rendah/lemah kepada orang lain. Perbuatan ini ialah kerana perasaan angkuh, sifat tinggi diri yang tiada terbatas serta ingin menganggap bodoh kepada yang dicemuh.
vi. Sifat-sifat lain:
Sukar dianalisa banyak sebab tetapi semuanya lahir akibat tipudaya syitan belaka sebagai janji menyesatkan umat. selain dari itu juga merupakan sifat mazmumah yang perlu dikikis.
8. Hukum mengumpat
Mengumpat dengan hati ialah mempunyai sangkaan buruk kepada orang lain. Hukumnya sama haramnya dengan mengata seseorang secara lisan. Namun dikecualikan bagi hanya sekadar lintasan buruk orang lain yang mudah lenyap. Sangkaan buruk yang tidak dibenarkan ialah tanda kecenderungan hati dan dimantapkan dalam perasaan. Inilah yang dilarang keras, sebagaimana Friman Allah S.W.T.:Hai orang-orang yang beriman, jauhilah sebahagian besar sangka-sangka itu sebab setengah dari sangka-sangka itu adalah dosa;
Oleh itu apabila ada suatu bisikan dalam hati hendak menyangka buruk kepada orang lain, baiklah ditolak sahaja. Dustakanlah ajakan syaitan itu kerana syaitan adalah sefasik-fasik kaum yang fasik. Firman Allah S.W.T.:
Hai orang-orang yang beriman, apabila ada seseorang fasik datang padamu dengan membawa suatu berita, maka carilah kenyataannya lebih dahulu (periksalah dengan saksama) supaya kamu tidak sampai mencelakakan suatu kaum dengan tidak diketahui sebenarnya;(Surah Hujurat ayat 6)
9. Alasan-alasan mengumpat dibolehkan
i. Dalam hal penginayaan
Ketika dizalimi/dianiaya orang, lalu mengadu pada hakim agar haknya dapat diperolehi semula. Maka dibolehkan mengumpat seperlunya dengan dibatasi mengenai hal-hal yang bersangkutan dengan perkaranya sahaja. Sabda Rasullah S.A.W.:
Orang -orang yang mempunyai hak itu boleh mengucapkan alasan-alasannya.
ii. Membetul yang terpesung
Khusus kepada orang yang bermaksiat agar kembali kejalan baik. Namun masih umpatan dibatasi seperlunya sahaja. Dalam keadaan ini pelajar yang melapurkan prilaku maksiat atau bersekedudukannya pelajar lain adalah merupakan tanggungjawap dan bukanlah mengumpat; jika ternyata; lapuran yang diberikan adalah betul; kerana tergolong dalam amal makruf dan nahi mungkar.
iii. Sewaktu meminta fatwa/penerangan hukum agama
Seperti suami yang kedekut yang tidak memberi nafkah yang cukup, lalu mengadu pada hakim/mufti. Seperti kisah Hindun bte. Uthbah menceritakan kepada Rasullah untuk mengelak dari terus dizalimi oleh suaminya.
iv. Menakut-nakutkan agar tidak berbuat jahat
Melihat kejelekan itu pernah dilakukan oleh orang lain. Kemudian kita beritahu padanya akan bahaya atau kesukaran yang dialami sebab perbuatan itu. Tujuannya semata-mata agar bahaya tidak terkena.
v. Diwaktu bertanya orang yang lebih dikenali dengan gelaran :
Bertanya alamat seperti menyebut gelar orang yang dicari seperti Si Pincang, Si Bongkok dll. Semata-mata bertanya minta penjelasan dan diketahui tidak memberi kesan kepada yang dicari ( gelaran mahsyur ).
vi. Memang terang kefasikan orang yang diumpati
Orang yang fasik itu berbangga pula dengan perbuatan cela yang dilakukannya seperti Firaun, Qurrun dan Hannan.
10. Tebusan/Kaffarat mengumpat
Bertaubat, menyesali atas perbuatan mengumpat yang dilakukan seterusnyameminta maaf dari yang diumpati agar dimaafkan seterusnya menghilangkan kemungkinan dendam yang berpanjangan dari yang diumpati. Yang penting dari masa ke semasa cuba menghilangkan sifat mazmunah dalam diri dengan membanyakkan amalan zikir supaya masa yang ada tidak terluang untuk mengumpat.

kEnAnGaN dI IpG IpoH-SeM 1

Alhamdulillah...dah nak abis satu sem aku duk kat ipg ipoh ni...banyak gler pengalaman aku kat sini...antaranya,aku dapat gelaran baru...bdop2 pompuan panggil aku masked rider(especially kak Alyaa)...bdop2 laki plop panggil aku sayed si loya(especially naim n fahmi)...namun begitu, aku xkan mengalah walau dapat apa jua gelran pon kerana aku adalah aku dan aku enjoy dengan apa yg aku buat slagi ianya tak merosakkan diriku n orang lain..