Monday, June 22, 2009

SEMINGGU DI MATRIKULASI.....

kini genaplah lah seminggu tempoh aku berada di kolej matrikulasi pahang.....pelbagai cabaran dan duagaan telahku tempuhi sepanjang minggu orientasi di sini...pelbagai pengalaman juga telah aku terima dan hadapi seperti masuk hutan,mandi lumpur,kerjasama berkumpulan dan sebagainya.....aku berasa sungguh gembira berada di sini dan hari ini adalah hari pertamaku memulakan pelajaran di sini.........alhamdulillah kerana aku masih dapat mengikuti kpengajian di sini dengan baik buat setakat ini...korang semua doakan la kejayaanku seandainya aku masih di sini...tetapi,detik hatiku masih lagi ingin meneruskan pengajianku ke IPGM@MAKTAB ......korang tolong la doakan agar namaku tersenarai dalam calon plajar lepasan spm yg berjaya untuk menyambung pengajianku ke IPGM bagi sesi panggilan pertama pada tahun ini iaitu bagi sese ambilan julai 2009.....ingatlah daku dalam doamu....amin~~~~

Sunday, June 14, 2009

MATRIKULASI PILIHAN HATI@@@@@@@@@@@@@

akhirnya,esok tibalah hari yg dinanti-nantikan olek aku untuk meneruskan pengajian ku ke peringkat yg lebih tinggi...aku memilih kolej matrikulasi pahang sbagai tempat persediaan sementara menunggu tawaran untuk ke maktab.korang sume tolong doakan kejayaan aku eaaa......jangan rindu kat aku plop lepas ni terutamanya izzah...huhu...ok la...salam alaikum to all my frendzsss..see you next time.....gud luck ye@@@

Sunday, June 7, 2009

PERKELAHANKU BERSAMA KELUARGA TERSAYANG

PhotobucketHari ini aku dan keluargaku telah pergi berkelah ke hutan lipur Lata Tembakah.....kami sekeluarga bertolak dari rumah pada pukul 10 pagi dan tiba di sana pada jam 12.30 tengah hari....aku dan adik-adikku berasa amat seronok la pasal kitaorang dah lama tak pergi berkelah..huhuhu....
Photobucket
Photobucket

aku pun gunakanlah kesempatan yang ada untuk mempamerkan kehebatanku dalam acara renang bebas tapi dengan menggunakan pelampung la pasal aku dop reti berenang...huhuhu
kemudian mak aku suruh la aku tangkap gambar family aku tu guna henset aku...aku pon pegi la ambik henset aku tu...ntah macam mana masa aku nak pergi tangkap gambar family aku tu,aku tergelincir dalam air terjun tu...wuuuuuaaaaa.....enset aku masuk air...abih rosak enset aku....adakah ini dugaan??mungkinkah dengan rosaknya enset ni,ayah aku akan belikan enset baru untuk aku???ataupun aku takkan pakai enset lagi dalam masa terdekat ni??korang doakan lah yang terbaik untuk aku eaaaaa.....peace.....Photobucket
Photobucket

Saturday, June 6, 2009

TAG BARU LA PLOP......HUHUHU

1. How old are you?

17 thun 10 bulan

2. Are you single?

of course la Single....single and not available...huhu

3. At what age do you think you’ll get married?

lepas abih blajo la(kalu ada jodoh tu kawin la kot)...huhu

4. Do you think you’ll be marrying the person you are with now?

hahahaha.....cakap ngan kaum hawa pon dop brani,nak kawin cam ne??hahaha..

5. If not, who do you want to marry?

orang yang mempunyai ciri-ciri berikut(insyaAllah):
-solehah
-berasal dari keturunan yang baik
-pandai dalam menguruskan kewangan
-mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang agama
-seseorang yang menerimaku seadanya dan mencintaiku semata-mata kerana Allah
-comel

6. Who will be your bridesmaid or your bestman?

seseorang yang paling rapat dan bermakna dalam hidupku....

7. Do you want a garden/ beach or traditional wedding?

mestilah tradisional.......bertemakan kesucian dan keindahan islam...i love islam...

8. Where do you plan to go for honeymoon?

-tentulah ke MEKAH sekali ngan wat haji dan umrah
-jepun
-korea
-kat rumah pun boleh

9. How many guest do you think you’ll invite?

semua kawan-kawan dan saudara-maraku serta jiran tetangga kerana kebahagiaanku adalah kebahagiaan mereka jua...

10. Will that include your exes?

couple pon tak pernah nak ada exes macam mane....huhuhu..

11. How many layers of cake do you want?

yang ni aku serahkan 100% kat my future wife.....kalu dia nak 100 tingkat,maknanya 100 tingkat la....

12. When do you want to get married?

time cuti sekolah la kalu boleh pasal aku nak jadi cikgu....

13. Name the song/tune you would like to play at your wedding?

lagu-lagu selawat yang memuji nabi dan tuhan yang esa.....

14. Do you prefer fine dining or just normal spoon/fork/ knife?

yang ni pun aku serah kat pengantin perempuan jep..besenya orang puan la yang kreatif skit dalam bab2 ni...@huhuhu@...

15. Champagne of red wine?

tidak!!!tidak!!!tidak!!!akanku sediakan air yang berkhasiat dan halal untuk semua...

16. Honeymoon right after the wedding or days after the wedding?.

mestilah lepas kawin.....masa tu la nak kenal isteri dengan lebih rapat pon....isk3..soalan bonus gini pon tanya...

17. Money or household items?

dua-dua la....sebagai tanda kenang-kenangan dan kesyukuran terhadap illahi..

18. How many kids would you like to have?

lagi banyak lagi bagus...aku suka budop2....

19. Will your record your honeymoon in DVD and CD?

mestilah record....sbagai tanda kenang-kenangan...blh tengok plop lain kali..huhu..

20. I want to know their wedding plan:

sape2 yang nak kabo tu dipersilakan la....tapi aku nak tau yang lelaki jep...yang perempuan tu aku tak nak tau.....huhuhuhu...jangan marah..gurau jep....

Friday, June 5, 2009

NAMAKU..................

SAYED AHMAD ZULHAFIZ SAYED ABDILLAH
SSuci
AAmanah
YYakin
EEmosional
DDinamik
AAlim
HHarum
MMesra
AAbadi
DDedikasi
ZZingy
UUntung
LLemah-lembut
HHarum
AAsli
FFleksibel
IIkhlas
ZZingy
SSetia
AAdil
YYakin
EEgoistik
DDedikasi
AAdil
BBijaksana
DDedikasi
IIdealistik
LLincah
LLuhur
AAdil
HHarum
Apa ada pada nama?


SEBAB KEMUSNAHAN STADIUM TERENGGANU






PERTARUNGAN TERGEMPAR DI KUALA TERENGGANU

-mutakhir ini,terengganu telah dikejutkan dengan kemunculan seekor raksasa di tengah-tengah stadium sultan mizan...raksasa itu dipercayai tersesat langkah dan mulai mengganas di terengganu....implikasinya,stadium tersebut telah mengalami kemusnahan yang amat teruk ....
mujurlah ultraman max sempat menjelma untuk menyelamatkan keadaan ....pertarungan yang hebat telah tercetus di antara ultraman max dengan raksasa tersebut....pertarungan itu telah berlangsung selama 3 hari 2 malam dan akhirnya telah dimenangi oleh ultraman max.....namun begitu,kerosakan pada stadium tersebut tetap tidak dapat dibendung...lihat gambar di bawah bagi mengetahui keadaan stadium tersebut......



IMPLIKASI DARI PERTARUNGAN









-inilah implikasi daripada pertarungan itu...jadi,sebagai rakyat terengganu yang prihatin,marilah kita sama sama menjaga dan melindungi negeri kita yang berdaulat daripada ancaman musuh dengan sebaik mungkin....akhir kata,LU PIKIR LA SENDIRI...

Thursday, June 4, 2009

PERISTIWA PENTING DALAM HIDUPKU

Photobucket

TAMATNYA SESI PEMBELAJARAN

-inilah wajah-wajah pelajar sekolahku yang berjaya dan terpilih untuk mengikuti majlis graduasi yang dianjurkan oleh jabatan hal ehwal agama terengganu..alhamdulillah kerana aku juga terpilih....

Photobucket

PERSEDIAAN UNTUK BERGAMBAR

-aku dan kawan-kawanku sedang bersedia untuk bergambar tapi aku tak tahu siapakah gerangan yang menangkap gambar ini...isk3...kitaorang tak ready lagi dia dah ambik gambar....hilang macho..huhuhu....


MY LIFE (HAPPY FOREVER)

Photobucket

ME N GANGZ

-inilah gambar aku bersama rakan-rakanku yang terdiri daripada kuce,amir,patol dan muaz...mereka dikira sebagai sahabat dan juga pesaing aku di alam persekolahan...gambar ini diambil ketika majlis sambutan hari raya aidilfitri tahun 2008 di sekolah ku....


Photobucket

ISLAMIC WARRIORS

-inilah kawan-kawan yang sering aku ingati dalam kehidupan seharianku....semoga persahabatan ini akan sentiasa terjalin dan berterusan hingga ke akhir hayat...

Photobucket

TYME GRADUASI

-alhamdulillah.....akhirnya usahaku dalam menuntut ilmu berakhir dengan majlis graduasi yang diadakan di sma khaitiah....sesungguhnya aku tidak menyangka bahawa aku juga salah seorang calon yang terpilih untuk mengikuti majlis tersebut...mungkin inilah kurniaan rezeki daripada ilahi kepadaku.....

Photobucket

GENG2 ASPURA

-inilah penghuni bilik D di aspura smaszal...aku juga salah seorang dari penghuni bilik tersebut...aku telah diajar mengenai cara-cara untuk berdikari serta cara-cara untuk memimpin anak buah ketika berada di sini...

Photobucket

JAMUAN AKHIR TAHUN ASPURA

-gambar ini diambil sebagai kenangan bagi membuktikan bahawa aku adalah salah seorang bekas penghuni aspura di sekolahku...aku berasa amat seronok dan teruja kerana diberi peluang untuk tinggal di asrama....gambar ini diambil di hotel permain inn ketika berakhirnya jamuan akhir tahun aspura smaszal...

Photobucket

JAMUAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 5 TAHUN 2008

-akhirnya,alam persekolahanku sudah tamat...inilah gambar kenangan terakhirku ketika berada di sekolah di samping guruku yang bernama puan sabariah binti sambak....semoga jalinan persahabatan yang terbina di sekolah ini bermula dengan bismillah dan diakhiri dengan innalillah....

Photobucket

READY FOR PERBAHASAN

-aku pernah mewakili sekolahku bagi pertandingan perbahasan peringkat daerah...melalui pertandingan ini,pelbagai pengalaman yg telah aku kecapi...ianya menjadikan aku lebih berani untuk bercakap di khalayak ramai...alhamdulillah..

Photobucket

DISCUSS JAP

-inilah saat yang paling mendebarkan ketika pertandingan perbahasan berlangsung...aku dan kawan-kawanku berhempas pulas memerah otak bagi memikirkan soalan untuk diajukan kepada pihak lawan....

Photobucket

GENG2 TERSAYANG

-inilah antara kawan-kawanku ketika di sekolah dulu.....pengalaman bersama mereka akan ku hargai sebaik mungkin...........semoga mereka mendapat kebahagiaan kerana kebahagiaan mereka adalah kebahagiaanku jua...

Photobucket

TARGET BOLA LU

-inilah aktiviti hujeng mingguku...aku sering pergi bermain boling bersama kawan-kawanku yg tersayang bagi mengisi masa lapang dan mengeratkan hubungan silaturrahim......

Photobucket

GENG2 TYME KURSUS ECS

-aku ada masuk kursus ecs sementara tunggu keputusan SPM.....melalui kursus inilah aku mula berinteraksi ngan kaum hawa....hahahaha...akhirnya blh gop aku cakap ngan budop puan walaupun perasaan gemuruh tu masih ada...huuhuhu..


Photobucket

IPAM NGAN AKU(SIFU AKU LA KIRA)

-inilah sahabatku yang bernama shahril irfarn...dia ni kira sifu aku la...myspace n blog ni pon dia yang tolong aku wat...aku cuma edit n isi jep blig dan myspace aku tu..huhu...susah doh nak cri kawan sebaik in zaman sekarang ni..hahaha

Photobucket

ZULHILMI DAN AKU

-inilah sahabatku yg bernama zulhilmi atau lebih dikenali dengan nama samaran pak jol....antara sume rumah geng2 kat skolah aku,umah dia la yang paling dekat dengan umah aku...tapi,dia x pernah pon lawat umah aku.wuuuuuuuuaaaaaaaa...zalim..zalim..

Photobucket

BINCANG NAPE PLOP NI...HUHU

-inilah sifat sebenar kawan-kawanku...suka je adakan perbincangan terbuka tentang hal2 duniawi ni tak kira la sama ada hal politik,agama atau gosip2 terkini..huhuhu

Photobucket

JGN SALAH PAHAM.XDOP PAPE PN BERLAKU.HAHAHAHAHA

-ini juga merupakan hobi rakan-rakanku...bergurau tak kira tempat...hahahaha...korang jangan fikir pelik plop slepas tengok gambar ni..huhu


Photobucket

GAMBAR SELIPAR PUN NK MASUK FRAME GOP????HAHAHA

-inilah selipar-selipar geng2 aku...hhahahahaha...korang tengok la sama ada slipar mahal atau murah...pandai-pandai korang la buat penilaian..huhu

KAH..KAH..KAH...LAWAK..LAWAK..

Suami Yang Adil

Sepasang suami isteri, iaitu Jenab dan Ramli sedang bergaduh mengenai keluarga mereka masing-masing. Jenab berkata, Abang memang tidak adil kerana tidak pernah menyukai orang-orang yang mempunyai hubungan kekeluargaan denganku dan lebih menyayangi keluargamu. Lalu dengan selamba Rizal menjawab, Salah tu ..., buktinya aku lebih menyayangi ibu mertuamu daripada ibu mertuaku sendiri.


Khasiat telur separuh masak

Aziz dan Ani membawa anak lelaki mereka yang berusia 6 tahun ke klinik. Walaupun pada mulanya agak malu dan segan, akhirnya mereka membuka mulut juga menceritakan kebimbangan mereka tentang kemaluan anak mereka yang agak kecil berbanding kanak-kanak lain yang sebayanya.

Selepas melakukan pemeriksaan, doktor berkata,

"beri makan telur separuh masak setiap pagi. Lama-lama besarlah tu."

Besok pagi, apabila anak lelaki mereka hendak bersarapan, terkejutlah dia melihat ada 10 biji telur di meja makan.

"Telur ni untuk saya ke mak?", tanya si anak.

"Engkau makan dua biji saja. Yang lain tu untuk ayah
kau punye", kata emaknya.

Ha........Lu Pikir ah sendiri........!


Selamat Pagi Cikgu - Sempena Hari Guru

Murid : Selamat pagi, cikgu.

Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?

Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!

Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.

Murid : Selamat sejahtera cikgu!

Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?

Murid : Faham, cikgu!

Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.

Murid : (senyap)

Cikgu : Pandai!

Murid : Bodoh!

Cikgu : Tinggi!

Murid : Rendah!

Cikgu : Jauh!

Murid : Dekat!

Cikgu : Keadilan!

Murid : UMNO!

Cikgu : Salah!

Murid : Betul!

Cikgu : Bodoh!

Murid : Pandai!

Cikgu : Bukan!

Murid : Ya!

Cikgu : Oh Tuhan!

Murid : Oh Hamba!

Cikgu : Dengar ini!

Murid : Dengar itu!

Cikgu : Diam!

Murid : Bising!

Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!

Murid : Ini ialah jawapan, pandai!

Cikgu : Mati aku!

Murid : Hidup kami!

Cikgu : Rotan baru tau!

Murid : Akar lama tak tau!

Cikgu : Malas aku ajar kamu!

Murid : Rajin kami belajar cikgu!

Cikgu : Kamu gila!

Murid : Kami siuman!

Cikgu : Cukup! Cukup!

Murid : Kurang! Kurang!

Cikgu : Sudah! Sudah!

Murid : Belum! Belum!

Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?

Murid : Sebab saya seorang pandai!

Cikgu : Oh! Melawan!

Murid : Oh! Mengalah!

Cikgu : Kurang ajar!

Murid : Cukup ajar!

Cikgu : Habis aku!

Murid : Kekal kami!

Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!

Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!

Cikgu : Sudah, bodoh!

Murid : Belum, pandai!

Cikgu : Berdiri!

Murid : Duduk!

Cikgu : Saya kata UMNO salah!

Murid : Kami dengar KeADILan betul!

Cikgu : Bangang kamu ni!

Murid : Cerdik kami tu!

Cikgu : Rosak!

Murid : Baik!

Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!

Murid : Dilepaskan tengah malam itu!

Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)


hidup )

PEKELILING 11 - Kerajaan bersetuju memberikan Elaun Sara Hidup (COLA) tanpa mengira pangkat dan tempat bertugas semua pekerja awam dan swasta sebanyak RM500.00 sebulan berkuatkuasa Ogos 2009 bagi menampung kenaikan harga minyak dan barang-barang. Langkah yang serupa disarankan kepada pihak swasta bagi menjamin keharmonian rakyat..

Elaun COLA ini boleh dituntut di semua Pejabat Pos dan BSN di seluruh negara mulai jam 1 pm hingga 4 pm pada setiap hari kecuali hari Jumaat, Sabtu dan Ahad serta hari-hari kelepasan am.

Kakitangan awam & swasta perlu menunjukkan kad pengenalan diri Jabatan untuk mendapatkan borang permohonan dan wang akan dibayar selepas penyerahan borang yang lengkap beserta dengan syarat2 berikut :-

1. Surat Perlantikan Kerja - Original
2. Surat Pengesahan Kerja- Original
3. Surat Akuan Majikan - (tempat terakhir masih bertugas)

dan...


80 penutup botol Coca-Cola... ... Baru sesuai dengan namanya Elaun Cola !

Haaaahahaha! !!! Dah! Pergi sambung kerja.... kalau pasal duit semua mata besar belaka ekk.....



Tipah Tertelan Duit

Malam tu, sepasang suami isteri dah bersiap-siap nak masuk ke bilik tidur bila tiba-tiba mereka terdengar suara anak bongsu mereka menangis. Mereka pun pergi mendapat anak itu lalu bertanyakan kenapa dia menangis.. Si anak menjawab dia tertelan duit syiling lima sen dan sekarang dia takut akan mati sebab tertelan duit tu, lalu terus menangis teresak-esak.

Si ayah yang buntu nak memujuk anak itu tiba-tiba teringat duit dalam poket seluarnya lalu mengeluarkan duit lima sen. Kemudian si ayah berpura-pura membuat magik dan mengeluarkan duit lima sen dari telinga anaknya. "Ha, kan ayah dah keluarkan ni." Si anak teruja dan terus berhenti menangis. Sepantas kilat anak itu mengambil duit lima sen itu dan menelannya lalu berkata, "Buat lagi sekali ayah."


Penculik

Seorang ibu (tunggal) amat bimbang dengan keadaan anak(tunggal)nya yang telah diculik seminggu lepas. Ibu(tunggal) itu telah menerima panggilan(tunggal) semalam. Penculik itu telah meminta wang tebusan sebanyak RM500,000 untuk ditukarkan dengan anak kesayangannya. Hari ini dia telah menerima satu lagi panggilan.

Ibu: (takut).. hello...

Noname: Ape hello-hello? Bila mau bagi wang????

Ibu: Tolong lah.. saya tak ada wang sebanyak itu.. tolong lah turunkan harga..

Noname: lu ingat wa ni budak-budak ka? Makin lama tangguh makin mahal maa.. ada ka patut lu mau murah pulak..

Ibu: Tolong lah... saya tak mampu dapatkan duit sebanyak itu sekarang ni...

Noname: Okay.. wa bagi sampai esok hali.. kalu tak dapat gak wa tarik.....

Ibu:(menangis) Tolong jangan tarik nyawa anak saya!! pleasseeeee....

Noname: Apa??

Ibu: Saya tak boleh hidup tanpa anak saya... huuuuuu...

Noname: Haiiyaa.... wa dari syalikat perusahaan kreta maa.. lu punya kreta sula 7 bulan tak bayar.. tiap bulan pun wa ade bagi warning maaa... wa tarik kreta maa.. wa bukan along mau tarik nyawa...

Ibu: (malu)......


Esok baru Cabut

Ada sepasang pengantin baru berada di kamar pengantin, di malam pertama. Pada tengah malam itu, tiba-tiba isterinya mengerang, “Adoi.. Sakitnya bang… ! Macam mana ni bang..?”

Suaminya lantas menenangkan isterinya, “Jangan nangis Sayang.. Nanti emak ayah dengar.. Mereka mungkin belum tidur lagi tu..” Kebetulan bilik mertua hanya bersebelahan kamar tidur pengantin.

Tapi kerana tidak dapat menahan sakit, isterinya tambah kuat mengerang. Mahu tidak mahu, si suami pun berkata, kali ini kuat sedikit suaranya: “Sabar Sayang! Tahan saja.. Esok baru cabut.”

Sejak dari tadi bapa mertua lelaki masih belum tidur. Dia memang terdengar anak perempuannya mengerang, tadi dia tidak peduli, biasalah malam pengantin, fikirnya. Tapi kali ini dia sudah hilang sabar. Dia bangun, pergi ke bilik sebelah lantas menendang pintu kamar pengantin.

Dengan rasa geram bapa mertua berteriak: “Ni apa kena ni? Tak faham ke? Anak aku boleh mati kalau besok baru kau nak cabut! CABUT SEKARANG JUGA!”

Terkejut besarlah kedua pengantin tu. Sambil tersipu-sipu pengantin perempuan pun berkata kepada ayahnya: “Abah, takkan sakit gigi pun boleh mati.. Lagipun manalah ada Klinik Gigi yang buka 24 jam?”.

SANTAI JAP

KISAH SEORANG PANGLIMA
Tahun 1441- Sebelum memulakanperjalanan menuju ke medan perang, seorang panglima menemui rakan yg cukup dipercayainya.

PANGLIMA: Simpan anak kunci ini! Jika aku tak kembali, kau bukakanlah cawat besi isteri ku. Aku izinkan dia berkahwin dengan sesiapa yg disukainya.

RAKAN : Baiklah sahabat ku.

Menjelang petang, ketika panglima bersama tenteranya berehat di sebuah lembah, kelihatan di kejauhan seorang lelaki menunggang kuda cukup pantas menuju ke arah kumpulan tentera itu. Setelah hampir, barulah panglima mengenalinya - dia ialah rakan yg cukup dipercayainya itu.

RAKAN : Maaf… panglima bagi kunci yg salah!! (Hhmmh hampeh, dah cuba buka dulu rupanya! hehe)

NENEK TUA
Seorang nenek berusia 65 tahun melahirkan seorang anak. Rakan- rakannya datang berkunjung untuk menjenguknya. Ketika mereka ingin melihat bayi nenek tersebut, nenek itu berkata “Nanti dulu”. Beberapa minit kemudian mereka berkata ingin melihat bayi itu lagi. Tetapi nenek itu tetap berkata “Nanti dulu”. Akhirnya mereka bertanya : “Bila kami boleh melihat bayi engkau..?” “Bila dia menangis”. “Kenapa kami harus tunggu sampai dia menangis?” “Sebabnya aku lupa.. dimana aku letak bayiku tadi..”

LAWAK BUDI BAHASA LRT
Seorang gadis cantik menaiki LRT yang sangat penuh sesak. Gadis itu berdiri betul betul didepan seorang pemuda. Seketika kemudian pemuda itu bangun, namun belum sempat pemuda itu berkata apa apa, gadis cantik itu menolak pemuda itu dengan lembut ke tempat duduknya sambil berkata, “Terima kasih, saya lebih suka berdiri”. Pemuda itu tercengang dengan penuh kehairanan. Dia sedikit jengkil kerana ditolak oleh gadis itu walaupun secara lembut. Pemuda itu pun berdiri semula tetapi sekali lagi gadis cantik itu menolaknya duduk semula dan berkata dengan sedikit kuat hingga didengari oleh lain lain penumpang, “Tak apa, tak payah susah susah, saya lebih suka berdiri.” Tanpa putus asa pemuda itu berdiri lagi untuk kali yang ketiga sambil menjerit, “Woii cik kak !! Saya nak turun laaaaa!!! Saya dah terlepas perhentian saya tau !!? Apa punya perasan lah dia ni?!!!

Salah Faham
Ada dua org anak kembar. namanya tam dan toni.mereka sudah dewasa dan telah beristeri. Tam mempunyai sebuah perahu yg sangat usang.Kebetulan suatu hari isteri Toni meninggal ketika menaiki perahu Tam. Beberapa hari kemudian seorang wanita tua berjumpatam, dan secara tidak sengaja menyangkanya Toni yg barukehilangan isterinya. Wanita itu berkata kpd Tam ” saya turut bersedih atas kehilangan yg anda rasakan.Tentu anda merasa sedih. “Tam yg menyangka bahawa wanita itu bercakap tentang perahu menjawab, “tak apalah, sebenarnya memang dah lama saya ingin membuangnya… ..dah tua,lagipun memang tak berapa menarik sejak pertama kali melihatnya. Bahagian bawahnya sudah lapok dan berbau busuk. Bahagian buntutnya dah teruk , lubang bahagian depannya pun dah sangat lebar. Setiap kali aku menggunakannya, lubangnya bertambah besar dan bocor. ” saya rasa yg paling merosakkanya ialah semasa saya meminjamkannya kepada 4 org kawan. Saya sudah ingatkan kawan2 keadaannya sudah tidak berapa baik. Tapi mereka masih juga mahu menggunakannya. Mereka berempat cuba masuk ke ke dalam serentak dan akhirnya ia terbelah ditengah2. Mendengar kata2 itu wanita tua itupun pengsan… .. huhuhu…

CINTA HAKIKI

CINTA abadi, bermakna cinta hakiki yang akan meletakkan kita kekal abadi di akhirat nanti. Kasih sayang yang suci dan sejati, bererti lahirlah satu penjanaan yang hakiki dalam menghasilkan “rabitah” yang kukuh. Selain itu, ikatan ini akan menjamin keselesaan di akhirat tanpa ada bantah-membantah sesama kita. Namun janganlah disalah ertikan konsep “al hubb” ini, kerana “al hubb” di kalangan manusia hari ini ada cinta yang halal bahkan cukup indah dan ada juga cinta yang haram tapi mengasyikkan namun berakhir dengan kepanasan dan kepedihan neraka jahannam. Hasil sensitiviti kita terhadap apa yang berlaku terhadap umat Islam hari ini, mengingatkan kembali kepada nilai “al hubb” di hati umat Islam . Samada cinta mereka kepada Allah, Rasul dan sesama umat Islam terjalin kukuh atau tidak . Keganasan yang berlaku terhadap umat Islam di Bosnia, Kosovo, Kashmer, Algeria, Pelastin, dan sebagainya telah memperlihatkan kadar cinta umat Islam kepada Allah, Rasul dan sesama umat Islam. Gejala jenayah murtad, zina, rompak, judi, buang bayi, rasuah, penolakan hukum Allah dan sebagainya yang berlaku di tanah air tercinta sebagai tanda bahawa telah luntur bahkan telah hilang sama sekali rasa cinta dan kasih kepada Allah, Rasul dan sesama umat Islam .

Firman Allah Taala yang bermaksud: Katakanlah “jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu, Allah maha pengampun lagi maha penyayang.” al-Imran ayat 31, al Quranul Karim.

Cinta kepada Allah dan Rasul bermakna, sanggup melaksanakan segala suruhan dan sedia meninggalkan semua larangan dan tegahan-Nya. Cinta kepada Allah dan Rasul, bererti sanggup berkorban jiwa raga demi mendapatkan rahmat dan keredhaan daripada Allah yang Maha Esa. Cinta kepada Allah dan Rasul juga bermaksud, tidak mengambil dan menghukum selain daripada apa yang telah disyariatkan oleh Allah Taala dan Rasul-Nya.

Akibat dari luntur dan gugur serta hilangnya nilai “al-hubb” di hati umat Islam kepada Allah dan Rasul-Nya, maka bala dan ujian Allah Taala pastikan tiba. Buktinya, lihatlah kesan pencabulan umat Islam terhadap hudud-hudud Allah, hasil dari kosongnya jiwa mereka daripada nilai cinta yang hakiki ini, maka lahirlah pelbagai masalah sosial yang menghabiskan harta negara dan merimaskan umat. Perubahan cuaca yang ketara iaitu kemarau yang berpanjangan, musuh- musuh Islam dari dalam dan luar menyerang dan mencabul kesucian dan keizzahan umat Islam dan sebagainya lagi, juga merupakan kesan kepupusan cinta yang hakiki kepada Allah dan Rasul-Nya.

Selain itu, cinta sesama umat Islam juga kian pudar dan tawar , bahkan kadang-kadang pahit lebih daripada hempedu. “Hidup bermuafakat membawa berkat”pepatah yang tiada lagi nilainya di kalangan kita . “Cubit paha kanan , paha kiri terasa” kata-kata yang telah hilang di hati kita semua. Bahkan sabda Rasullah yang bermaksud “Tidak beriman seseorang dari kamu, sehingalah dia cinta kepada saudaranya sebagaimana dia cinta kepada dirinya sendiri” sering dilupai dan ditinggalkan oleh umat Islam .

Nilai “al-hubb fillah, wabillah” sesama Islam ramai yang kurang memahami, dan kalau yang faham pun tatbiki dan praktiknya tidak berlaku. Masing-masing dengan “ananiyahnya” dan asyik berlumba-lumba mencari “self-actualisation”( kewujudan diri ) tanpa menoleh kepada teman-teman sekeliling . Umat Islam sanggup mengkhianati sahabat sendiri, umat Islam sanggup menipu teman karib, bahkan umat Islam sanggup membunuh jasad dan membunuh peribadi saudara mereka sendiri .
Oleh itu, kita melihat umat Islam hari demi hari disembelih, dikorek biji mata, digantung, diperkosa, dicincang, dan sebagainya lagi . Namun, umat Islam sekadar membisu , bahkan ada yang masih ketawa dalam keseronokan dunia, “lagha” dengan keasyikan cinta jahanam yang meloyakan serta alpa dalam keindahan dunia yang sementara. Inilah hasil hilangnya rasa cinta dan kasih umat Islam sesama Islam. Inilah sikap kita yang tidak lagi mengambil berat terhadap hadis Rasulullah saw yang bermaksud “Barang siapa yang tidak mengambil berat urusan umat Islam, maka ia bukan dari kalangan kami”.

Akhirnya, prioriti yang harus kita titikberatkan sekarang ialah, marilah kita sama -sama menjalin dan mengutuhkan kembali cinta hakiki dan abadi di dalam diri masing-masing . Cintailah Allah kerana sesunguhnya syurga pasti menanti . Cintailah Rasulullah saw, syafaat dan pertolongan akan diberikan di Akhirat kelak. Cintailah sahabat-sahabat kita, nescaya akan menampilkan keizzahan dan kekuatan hasil dari ikatan ukhuwah yang terjalin. Sebaliknya tingalkanlah cinta yang melalaikan dan tidak mendatangkan apa-apa manafaat, bahkan boleh mendatangkan kemurkaan Allah Taala.

SAY NO TO COUPLE AND SAY YES TO SINGLE

"Kami tidak berzina! Saya tak menuduh awak berzina tetapi awak menghampiri zina."Kami hanya berbual-bual,berbincang, bertanya khabar,minum-minum.Adakah itu menghampiri zina? Ya,perbuatan ini menjerumus berlakunya zina."Kami dapat mengawal perasaan dan tidak berniat ke arah itu. Hari ini, ya. Esok mungkin kamu kecundang. Kamu dalam bahaya. Iblis dan syaitan akan memerangkap kamu. Sudah banyak tipu daya iblis yang mengena sasaran. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya amat halus. Ia telah menipu nenek moyang kita, Adam dan Hawa. Jangan pula lupa. Siapa kita berbanding Adam dan Hawa? Ia ada lebih 1001 cara. Ingat pesanan Rasullullah : "Janganlah engkau bersendirian dangan seorang wanita kecuali ketiganya adalah syaitan" (Imam Tabrani).

Syaitan akan menghembus perasaan berahi. Kita lemah untuk menghadapi tipu daya iblis. "Tak semestinya semua orang bercinta menjurus kepada penzinaan. Ada orang bercinta dalam telefon dan hantar SMS saja. Tak pernah bertemu pun!

Betul. Itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka, tapi perasaan pasti bergelora.Lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti, malah ia akan berlanjutan dan berterusan. Tidakkah itu boleh membawa kepada penzinaan?

Sebenarnya jalan dan lorong menuju kepada perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita berada atau melalui mana-mana jalan yang membawa kepada penzinaan. Tiadakah ruang yang dibenarkan dalam Islam untuk bercinta? Adakah Islam membunuh terus naluri cinta? Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia.Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki adalah fitrah. Kalau naluri tidak wujud pada diri seseorang, tak normal namanya. Islam tidak datang untuk membunuh naluri dan keinginan itu. Islam tidak memerintahkan umatnya membunuh naluri seperti yang dilakukan oleh para paderi atau sami.

Jangan nafikan naluri ini. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Tetapi, tundukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat pada nalurinya. Jangan jadi malaikat! Kerana Allah ciptakan kita sebagai manusia.

"Percayalah kami bercinta demi merancang kebahagian hidup nanti.

Bagaimana diharap kebahagiaan jika tak mendapat redha Allah? Kebahagiaan adalah anugerah Allah kepada hamba-hambanya yang terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yang akan menganugerahkannya. Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu jika jalan mencapainya tidak diredhai Allah?

Kebahagiaan hidup berumah tangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu prosesnya bukan cinta ber'couple' begini. Allah tidak meredhai percintaan ini. Cinta yang diredhai, cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk mendapat keluarga yang bahagia jika langkah memulakannya pun sudah canggung.Bagaimana kesudahannya?

Masih ramai orang yang bercinta tapi tetap selamat, tidak sampai berzina. Kami tahan diuji.


Allah menciptakan manusia. Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya diri menjauhi perkara yang ditegah. Manusia bisa kecundang. Masihkan ada orang yang tidak bercinta pada zaman ini?

Ya, masih ada orang yang suci dalam debu.Golongan ini sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya. Firman Allah: "Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya daripada melakukan zina), Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar" (Al-Ahzab:35, al Quranul Karim).

Bagaimana kami?

Kamu masih ada peluang.Bertaubatlah dengan taubat nasuha.Berdoalah serta mohon keampunan dariNya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redhaNya. Kita berpisah kerana Allah. Kalau ada jodoh tidak kemana. Ya Allah, bantulah mereka. Kini mereka datang kepintu-Mu mencari redha-Mu.


CARA MENGHADAPI KESEDIHAN

Hati adalah kekuatan inti manusia. Ia adalah sekerat daging yang mampu mengalahkan kekuatan jasad seperti yang dikatakan Rasulullah salallahualaihi wasalam : “Ingatlah bahwa dalam jasad ada sekerat daging, jika ia baik, maka baiklah jasad seluruhnya; jika ia rosak, maka rosaklah jasad seluruhnya. Ketahuilah bahawa segumpal daging itu adalah hati.” (Imam Bukhari dan Muslim). Hadith ini menunjukkan betapa pentingnya posisi hati di dalam tubuh manusia, tidak hanya sekedar daging tetapi juga penentu aqidah, penentu budi pekerti dan penentu keputusan terbesar seperti yang dijelaskan dalam sebuah hadith Arbain Nawawiyah bahawa Rasulullah salallahualaihi wasalam pernah bersabda ;

“Mintalah pendapat hatimu sendiri. Kebaikan adalah apa-apa yang mententeramkan jiwa dan hati, sedangkan dosa adalah apa-apa yang mengusik jiwa dan meragukan hati, meskipun orang-orang pendapat membenarkanmu”. (Imam Ahmad bin Hambal dan Imam ad Darani).

Kegundahan hati yang disebabkan oleh masalah hidup yang penuh dengan konflik, persoalan yang menyebabkan hati kehilangan cahaya-Nya dan nurani kebaikan sehingga perlu segera ditemukan ubatnya. Allah Taala telah memberikan jalan penyelesaian yang boleh menenangkan kegundahan hati dengan mujarab, iaitu al Quran Karim. Salah satu firman-Nya ; “Inilah al Quran yang Kami turunkan kepadamu (Muhammad) agar engkau dapat mengeluarkan manusia dari kegelapan kepada cahaya terang benderang dengan izin Allah menuju jalan Allah yang Maha Perkasa dan Maha Terpuji”. (surah Ibrahim:1, al Quranul Karim). Terlalu banyak ayat-ayat al Quran yang dapat dijadikan azimat kegundahan, berikut adalah beberapa petikannya ;

KENAPA AKU DIUJI?
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka akan dibiarkan (saja) hanya dengan mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia pasti mengetahui orang-orang yang dusta”. Surat Al-Ankabut:2-3, al Quranul Karim

KENAPA AKU TIDAK MENDAPATKAN APA DIIDAM-IDAMKAN?

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui”. Surah al Baqarah:216, al Quranul Karim

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya”. Surah al Baqarah:286, al Quranul Karim

BAGAIMANA BERHADAPAN RASA LEMAH?
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman”. surah al Imran:139, al Quranul Karim

SUNGGUH, AKU TIDAK TAHAN LAGI!
“Dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan orang-orang yang kafir”. surah Yusuf:87, al Quranul Karim

BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPI PERSOALAN HIDUP ?
“Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung”. surah al Imran:200, al Quranul Karim

APAKAH JALAN PENYELESAIAN TERBAIK?

”Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan (solat) itu sungguh berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk, (iaitu) mereka yang yakin, bahawa mereka akan menemui Tuhannya, dan bahwa mereka akan kembali kepada-Nya”. surah al Baqarah:45-46, al Quranul Karim

SIAPA YANG AKAN MENOLONG DAN MELINDUNGIKU?

“Cukuplah Allah (menjadi penolong) bagi kami dan Dia sebaik-baik pelindung”. surah Ali Imran:173, al Quranul Karim

KEPADA SIAPA HARUS AKU BERHARAP?
“Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Ilah selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal, dan Dia adalah Tuhan yang memiliki ‘Arsy (singgasana) yang agung”. surah at Taubah:129, al Quranul Karim

APAKAH HIKMAH DARI CUBAAN INI?

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang Mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka”. surah at Taubah:111, al Quranul Karim - qutuz


CARA SYAITAN MEMPENGARUHI KAUM HAWA

Syaitan memiliki berbagai cara strategi dalam menggoda manusia, dan yang sering dieksploitasi sebaik-baiknya oleh mereka adalah dengan memanfaatkan hawa nafsu yang memang memiliki kecenderungan mengajak kepada keburukan. Syaitan tahu kecenderungan nafsu kita, dia terus berusaha agar manusia keluar dari garis yang telah ditentukan Allah, termasuk melepaskan hijab atau pakaian muslimah. Berikut adalah cara bertahap:

I. Menghilangkan Definisi Hijab
Dalam tahap ini syaitan membisikkan kepada para wanita, bahawa pakaian apapun termasuk hijab (penutup) itu tidak ada kaitannya dengan agama, ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan bagi para wanita. Jadi tidak ada pakaian syar'i, pakaian, dengan apa pun bentuk dan namanya tetap pakaian. Sehingga akibatnya, ketika zaman telah berubah, atau kebudayaan manusia telah berganti, maka tidak ada masalah pakaian ikut ganti juga. Demikian pula ketika seseorang berpindah dari suatu negeri ke negeri yang lain, maka harus menyesuaikan diri dengan pakaian penduduknya, apapun yang mereka pakai.

Berbeza halnya jika seorang wanita berkeyakinan, bahawa hijab adalah pakaian syar'i (identiti keIslaman), dan memakainya adalah ibadah bukan sekadar gaya ( fesyen ). Biarpun hidup bila saja dan di mana saja, maka hijab syar'i tetap dipertahankan.

Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus. Caranya?

Pertama, Membuka Bahagian Tangan
Telapak tangan mungkin sudah kebiasaannya terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan model yakni membuka bahagian hasta (siku hingga telapak tangan). "Ah tidak apa-apa, kan masih pakai jilbab dan pakai baju panjang? Begitu bisikan syaitan. Dan benar si wanita akhirnya memakai pakaian model baru yang menampakkan tangannya, dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa saja. Maka syaitan berbisik," Tu.. tidak apa-apa kan?

Kedua, Membuka Leher dan Dada
Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi. "Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan model pakaian yang lebih maju lagi, yakni terbuka bahagian atas dada kamu." Tapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sekadar sedikit untuk mendapatkan hawa, agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli, sebab hanya sebahagian kecil sahaja yang terbuka.

Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari yang fesyen setengah lingkaran hingga yang fesyen bentuk huruf "V" yang tentu menjadikan lebih terlihat lagi bahagian sensitif lagi dari dadanya.

Ketiga, Berpakaian Tapi Telanjang
Syaitan berbisik lagi, "Pakaian mu hanya gitu-gitu saja, yak "cool" cari fesyen atau bahan lain yang lebih bagus! Tapi apa ya? Si wanita berfikir. "Banyak fesyen dan kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat yang agak ketat biar lebih sedap/cantik dipandang," syaitan memberi idea baru.

Maka tergodalah si wanita, di carilah fesyen pakaian yang ketat dan kain yang tipis bahkan transparent. "Mungkin tak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya saja yang agak berbeza, biar nampak lebih feminin," begitu dia menokok-nambah. Walhasil pakaian tersebut akhirnya membudaya di kalangan wanita muslimah, makin hari makin bertambah ketat dan transparent, maka jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi sebagai wanita
kasiyat 'ariyat (berpakaian tetapi telanjang).

Keempat, Agak di Buka Sedikit
Setelah para wanita muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi. Dan sebagaimana biasanya dia menawarkan idea baru yang sepertinya "cool" dan "vogue", yakni dibisiki wanita itu, "Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, soalnya sempit, apa tak sebaiknya di belah hingga lutut atau mendekati paha?" Dengan itu kamu akan lebih selesa, lebih kelihatan lincah dan energik." Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahagian bawah hingga lutut atau mendekati paha ternyata membuat lebih selesa dan leluasa, terutama ketika akan duduk atau naik kenderaan. "Yah.... tersingkap sedikit tak apa-apa lah, yang penting enjoy," katanya.

Inilah tahapan awal syaitan merosak kaum wanita, hingga tahap ini pakaian masih tetap utuh dan panjang, hanya fesyen, corak, potongan dan bahan saja yang dibuat berbeza dengan hijab syar'i yang sebenarnya. Maka kini mulailah syaitan pada tahap berikutnya.

II. Terbuka Sedikit Demi Sedikit
Kini syaitan melangkah lagi, dengan tipu daya lain yang lebih "power", tujuannya agar para wanita menampakkan bahagian aurat tubuhnya.

Pertama, Membuka Telapak Kaki dan Tumit
Syaitan Berbisik kepada para wanita, "Baju panjang benar-benar tidak selesa, kalau hanya dengan membelah sedikit bahagiannya masih kurang leluasa, lebih elok kalau dipotong sahaja hingga atas mata kaki." Ini baru agak longgar. "Oh...... ada yang yang terlupa, kalau kamu pakai baju sedemikian, maka jilbab yang besar tidak sepadan lagi, sekarang kamu cari jilbab yang kecil agar lebih serasi dan sepadan, ala....... orang tetap menamakannya dengan jilbab."

Maka para wanita yang terpengaruh dengan bisikan ini terburu-buru mencari fesyen pakaian yang dimaksudkan. Tak ketinggalan kasut tumit tinggi, yang kalau untuk berjalan, dapat menarik perhatian orang.

Kedua, Membuka Seperempat Hingga Separuh Betis
Terbuka telapak kaki telah biasa ia lakukan, dan ternyata orang yang melihat juga tidak begitu ambil peduli. Maka syaitan kembali berbisik, "Ternyata kebanyakan manusia menyukai apa yang kamu lakukan, buktinya mereka tidak ada reaksi apa-apa, kecuali hanya beberapa orang. Kalau langkah kakimu masih kurang leluasa, maka cubalah kamu cari fesyen lain yang lebih menarik, bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya terlihat kira-kira sepuluh centimetre saja." Nanti kalau sudah biasa, baru kamu cari fesyen baru yang terbuka hingga separuh betis."

Benar-benar bisikan syaitan dan hawa nafsu telah menjadi penasihat peribadinya, sehingga apa yang saja yang dibisikkan syaitan dalam jiwanya dia turutkan. Maka terbiasalah dia memakai pakaian yang terlihat separuh betisnya kemana saja dia pergi.

Ketiga, Terbuka Seluruh Betis
Kini di mata si wanita, zaman benar-benar telah berubah, syaitan telah berhasil membalikkan pandangan jernihnya. Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak menyelisihi para wanita di masa Nabi dahulu. Namun bisikan syaitan dan hawa nafsu menyahut, "Ah jelas tidak, kan sekarang zaman sudah berubah, kalau zaman dulu para lelaki mengangkat pakaiannya hingga setengah betis, maka wanitanya harus menyelisihi dengan menjulurkannya hingga menutup telapak kaki, tapi kini lain, sekarang banyak lelaki yang menurunkan pakaiannya hingga bawah mata kaki, maka wanitanya harus menyelisihi mereka iaitu dengan mengangkatnya hingga setengah betis atau kalau perlu lebih ke atas lagi, sehingga nampak seluruh betisnya."

Tetapi? apakah itu tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki," bersungut. "Fitnah? Ah...... itu kan zaman dulu, di masa itu kaum lelaki tidak suka kalau wanita menampakkan auratnya, sehingga wanita-wanita mereka lebih banyak di rumah dan pakaian mereka sangat tertutup. Tapi sekarang sudah berbeza, kini kaum lelaki kalau melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada lagi fitnah, kerana sama- sama suka? Lihat saja fesyen pakaian di sana-sini, dari yang di pasar malam hingga yang berjenama di pusat membeli belah, semuanya memperagakan fesyen yang dirancang khusus untuk wanita maju di zaman ini. Kalau kamu tidak mengikutinya, akan menjadi wanita yang ketinggalan zaman."

Demikianlah, maka pakaian yang menampakkan seluruh betis akhirnya menjadi kebiasaan, apalagi ramai yang memakainya dan sedikit sekali orang yang mempersoalkannya. Kini tibalah saatnya syaitan melancarkan tahap terakhir dari tipu dayannya untuk melucuti hijab wanita.


III. Serba Mini
Setelah pakaian yang menampakkan betis menjadi pakaian sehari- harian dan dirasa biasa-biasa saja, maka datanglah bisikan syaitan yang lain. "Pakaian memerlukan variasi, jangan yang itu-itu saja, sekarang ini fesyen skirt mini, dan agar sepadan, rambut kepala harus terbuka, sehingga benar-benar kelihatan indah."

Maka akhirnya skirt mini yang menampakkan bahagian bawah paha dia pakai, bajunya pun bervariasi, ada yang terbuka hingga lengan tangan, terbuka bahagian dada sekaligus bahagian punggungnya dan berbagai fesyen lain yang serba pendek dan mini. Koleksi pakaiannya sangat beraneka ragam, ada pakaian untuk berpesta, bersosial, pakaian kerja, pakaian rasmi, pakaian malam, petang, musim panas, musim sejuk dan lain-lain, tak ketinggalan seluar pendek separuh paha pun dia miliki, fesyen dan warna rambut juga ikut bervariasi, semuanya telah dicuba. Begitulah sesuatu yang sepertinya mustahil untuk dilakukan, ternyata kalau sudah dihiasi oleh syaitan, maka segalanya menjadi serba mungkin dan diterima oleh manusia.

Hingga suatu ketika, muncul idea untuk mandi di kolam renang terbuka atau mandi di pantai, di mana semua wanitanya sama, hanya dua bahagian paling ketara saja yang tersisa untuk ditutupi, kemaluan dan buah dada. Mereka semua mengenakan pakaian yang sering disebut dengan "bikini". Kerana semuanya begitu, maka harus ikut begitu, dan na'udzubillah bisikan syaitan berhasil, tujuannya tercapai, "Menelanjangi Kaum Wanita."

Selanjutnya terserah kamu wahai wanita, kalian semua sama, telanjang di hadapan lelaki lain, di tempat umum. Aku berlepas diri kalau nanti kelak kalian sama-sama di neraka. Aku hanya menunjukkan jalan, engkau sendiri yang melakukan itu semua, maka tanggung sendiri semua dosamu" Syaitan tak ingin ambil risiko.

Penutup
Demikian halus, cara yang digunakan syaitan, sehingga manusia terjerumus dalam dosa tanpa terasa. Maka hendaklah kita semua, terutama orang tua jika melihat gejala menyimpang pada anak-anak gadis dan para wanita kita sekecil apapun, segera secepatnya diambil tindakan. Jangan biarkan berlarut-larutan, kerana kalau dibiarkan dan telah menjadi kebiasaan, maka sakan menjadi sukar bagi kita untuk mengatasinya. Membiarkan mereka membuka aurat bererti merelakan mereka mendapatkan laknat Allah, kasihanilah mereka, selamatkan para wanita muslimah, jangan jerumuskan mereka ke dalam kebinasaan yang menyengsarakan, baik di dunia mahupun di akhirat.

PERKARA YANG MENYEBABKAN SOLAT MENJADI MAKRUH

Hal-hal Yang Dimakruhkan Dalam Shalat

1. Menengadahkan pandangan ke atas. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW:

"Apa yang membuat orang-orang itu mengangkat penglihatan mereka ke langit dalam shalat mereka? Hendaklah
mereka berhenti dari hal itu atau (kalau tidak), niscaya akan tersambar penglihatan mereka
."
( HR. Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkannya dengan makna yang sama).

2. Meletakkan tangan di pinggang. Hal ini berdasarkan larangan Rasulullah SAW meletakkan tangan di pinggang ketika
shalat. (Muttafaq alaih).

3. Menoleh atau melirik, terkecuali apabila diperlukan. Hal ini berdasarkan perkataan Aisyah ra. Aku bertanya kepada
Rasulullah SAW tentang seseorang yang menoleh dalam keadaan shalat, beliau menjawab:

"Itu adalah pencurian yang dilakukan syaitan dari shalat seorang hamba."
(HR. Al-Bukhari dan Abu Daud, lafazh ini dari riwayatnya).

4. Melakukan pekerjaan yang sia-sia, serta segala yang membuat orang lalai dalam shalatnya atau menghilangkan
kekhusyu'an shalatnya. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW.

"Hendklah kamu tenang dalam melaksanakan shalat." (HR. Muslim).

5. Menaikkan rambut yang terurai atau melipatkan lengan baju yang terulur. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW:

"Aku diperintahkan untuk sujud di atas tujuh anggota badan dan tidak boleh melipat baju atau menaikkan rambut
(yang terulur)
." (Muttafaq alaih).

6. Menyapu kerikil yang ada di tempat sujud (dengan tangan) dan meratakan tanah lebih dari sekali. Hal ini berdasarkan
hadits Rasulullah SAW:

"Dari Mu'aiqib, ia berkata, ' Rasulullah SAW menyebutkan tentang menyapu di masjid (ketika shalat), maksudnya
menyapu kerikil (dengan telapak tangan). Beliau bersabda, 'Apabila memang harus berbuat begitu, maka hendaklah
sekali saja
." (HR. Muslim).

"Dari Mu'aiqib pula, bahwa Rasulullah SAW bersabda tentang seseorang yang meratakan tanah pada tempat sujudnya
(dengan telapak tangan), beliau bersabda, 'Kalau kamu melakukannya, maka hendaklah sekali saja
." (Muttafaq alaih).

7. Mengulurkan pakaian sampai mengenai lantai dan menutup mulut (tanpa alasan).

"Dari Abu Hurairah ra, ia berkata, 'Rasulullah SAW melarang mengulurkan pakaian sampai mengenai lantai dalam
shalat dan menutup mulut
." (HR. Abu Daud, At-Tirmidzi dan lainnya, hadits hasan).

Adapun jika menutup mulut karena hal seperti menguap ataupun yang lainnya maka hal tersebut dibolehkan
sebagaimana disebutkan dalam sebuah hadits.

8. Shalat di hadapan makanan. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW:

"Tidak sempurna shalat (yang dikerjakan setelah) makanan dihidangkan." (HR. Muslim).

9. Shalat sambil menahan buang air kecil atau besar, dan sebagainya yang mengganggu ketenangan hati. Hal ini
berdasarkan sabda Rasulullah SAW:

"Tidak sempurna shalat (yang dikerjakan setelah) makanan dihidangkan dan shalat seseorang yang Bmenahan buang
air kecil dan besar
." (HR. Muslim).

10. Shalat ketika sudah terlalu mengantuk. Rasulullah SAW bersabda:

"Apabila salah seorang di antara kamu ada yang mengantuk dalam keadaan shalat, maka hendaklah ia tidur sampai
hilang rasa kantuknya. Maka sesungguhnya apabila salah seorang di antara kamu ada yang shalat dalam keadaan
mengantuk, dia tidak akan tahu apa yang ia lakukan, barangkali ia bermaksud minta ampun kepada Allah ternyata
dia malah mencerca dirinya sendiri
." (Muttafaq alaih).

Hal-hal Yang Membatalkan Shalat

Shalat seseorang akan batal apabila ia melakukan salah satu di antara hal-hal berikut ini:

1. Makan dan minum dengan sengaja. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW.

"Sesungguhnya di dalam shalat itu ada kesibukan tertentu." (Muttafaq alaih). Maksudnya orang yang shalat
seharusnya hanya berkonsentrasi pada shalatnya saja dan mengesampingkan perbuatan yang lain. (pen.)

2. Berbicara dengan sengaja, bukan untuk kepentingan pelaksanaan shalat

"Dari Zaid bin Arqam, ia berkata, 'Dahulu kami berbicara di waktu shalat, salah seorang dari kami berbicara
kepada temannya yang berada di sampingnya sampai turun ayat: 'Dan hendaklah kamu berdiri karena Allah
(dalam shalatmu) dengan khusyu' (Al-Baqarah : 238), maka kami pun diperintahkan untuk diam dan dilarang
berbicara
." (Muttafaq alaih).

Dan juga sabda Rasulullah SAW
"Sesungguhnya shalat ini tidak pantas ada di dalamnya percakapan manusia sedikit pun." (HR. Muslim).

Adapun pembicaraan yang maksudnya untuk membetulkan pelaksanaan shalat, maka hal itu diperbolehkan seperti
membetulkan bacaan (Al-Qur'an) imam, atau imam setelah memberi salam kemudian bertanya apakah shalatnya
sudah sempurna, apabila ada yang menjawab belum, maka dia harus menyempurnakannya. Hal ini pernah terjadi
terhadap Rasulullah SAW, kemudian Dzul Yadain bertanya kepada beliau, 'Apakah Anda lupa ataukah sengaja
meng-qashar shalat, wahai Rasulullah?' Rasulullah SAW menjawab, 'Aku tidak lupa dan aku pun tidak bermaksud
meng-qashar shalat.' Dzul Yadain berkata, 'Kalau begitu Anda telah lupa wahai Rasulullah. 'Beliau bersabda, 'Apakah
yang dikatakan Dzul Yadain itu betul? Para sahabat menjawab, 'Benar. ' Maka beliau pun menambah shalatnya dua
rakaat lagi, kemudian melakukan sujud sahwi dua kali. (Muttafaq alaih).

3. Meninggalkan salah satu rukun shalat atau syarat shalat yang telah disebutkan di muka, apabila hal itu tidak ia ganti/
sempurnakan di tengah pelaksanaan shalat atau sesudah selesai shalat beberapa saat. Hal ini berdasarkan hadits
Rasulullah SAW terhadap orang yang shalatnya tidak tepat.

"Kembalilah kamu melaksanakan shalat, sesungguhnya kamu belum melaksanakan shalat." (Muttafaq alaih).

Lantaran orang itu telah meninggalkan tuma'ninah dan i'tidal. Padahal kedua hal itu termasuk rukun.

4. Banyak melakukan gerakan, karena hal itu bertentangan dengan pelaksanaan ibadah dan membuat hati dan anggota
tubuh sibuk dengan urusan selain ibadah. Adapun gerakan yang sekadarnya saja, seperti memberi isyarat untuk
menjawab salam, membetulkan pakaian, menggaruk badan dengan tangan, dan yang semisalnya, maka hal itu
tidaklah membatalkan shalat.

5. Tertawa sampai terbahak-bahak. Para ulama sepakat mengenai batalnya shalat yang disebabkan tertawa seperti itu.
Adapun tersenyum, maka kebanyakan ulama menganggap bahwa hal itu tidaklah merusak shalat seseorang.

6. Tidak berurutan dalam pelaksanaan shalat, seperti mengerjakan shalat Isya sebelum mengerjakan shalat Maghrib,
maka shalat Isay itu batal sehingga dia shalat Maghrib dulu, karena berurutan dalam melaksanakan shalat-shalat itu
adalah wajib, dan begitulah perintah pelaksanaan shalat itu.

7. Kelupaan yang fatal, seperti menambah shalat menjadi dua kali lipat, umpamanya shalat Isya' delapan rakaat, karena
perbuatan tersebut merupakan indikasi yang jelas, bahwa ia tidak khusyu' yang mana hal ini merupakan ruhnya shalat.

HORMATI LAH AZAN

MENGHORMATI AZAN

Lidah kelu di saat kematian. Kematian pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita
amati.... mengapa kebanyakan orang yang nazak (hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa, lidahnya kelu, keras dan
hanya mimik mukanya menahan kesakitan sakaratul maut.

Diriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud :
"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."

Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apapun semasa azan berkumandang.
Sebagai orang Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri
tegak dan diamkan diri.... mengapa azan kita tidak boleh mendiamkan diri....!!! Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika
azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba.... maka
kita tidak dapat mengucapkan kalimah lailahaillallah... yang mana sesiapa yg dapat mengucapkan kalimah ini ketika
nyawanya dicabut...Allah menjanjikan syurga untuknya.

Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu walaupun
nyawa sedang dicabut. "Ya...Allah, anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan
lidah kami mengucap kalimah Laillahaillallah......semasa sakaratul maut menghampiri kami...."


RENUNGAN UMUM KEPADA MUSLIMIN SERTA MUSLIMAT

Dosa Berkuku Panjang

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang
babi, jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjag.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung
untuk kesemua babi-babi tersebut.... potonglah kuku anda.


The Truth

Jangan simpan kuku panjang walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking.

Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan
kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak
sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti
memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh
diterima masuk ke dalam kepala. Percayalah.

Pasal tabiat berkuku panjang inilah yang membuatkan orang Melayu mundur dan tidak berjaya. Syarikat Melayu
yang bangkrap dan rugi teruk adalah kerana mempunyai pekerja dan pemilik yang berkuku panjang.

Untuk yang bujang beringatlah. Kalau hendak cari pasangan dan hendak anak yang pandai dan mendengar kata
pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

And additional info, kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu
E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah
berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri.


WASIAT RASULULLAH S.A.W

13 wasiat Rasulullah kepada Ali



RASULULLAH SAW ada menyampaikan pesanan dan wasiat kepada isteri, anak, kaum kerabat dan
umat Islam seluruhnya. Namun antara wasiat yang menarik dan boleh dijadikan bahan renungan
bersama ialah wasiatnya kepada menantu baginda, Saidina Ali Abu Talib.


Sungguhpun wasiat itu khusus kepada Ali, namun kita sebagai Muslim dan muslimah, perlu
menjadikannya sebagai iktibar lalu menjadikannya amalan.


Larangan dan suruhan Rasulullah saw melalui wasiat itu, adalah juga untuk kaum Muslimin
dan muslimat. Malah, boleh dikatakan semua perkara dalam wasiat itu adalah ciri-ciri utama orang
beriman.


Berikut adalah antara wasiat Nabi kepada Ali seperti yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas:

Ibnu Abbas meriwayatkan, bahawa Ali Abu Talib berkata: "Pada hari perkahwinan dengan Fatimah,
Rasulullah saw bersabda kepadaku, mengutarakan tiga belas wasiat khusus untukku:"


1. Wahai Ali, takutilah engkau daripada memasuki tempat mandi (hammam) tanpa memakai
kain separas pinggang. Bahawasanya barang siapa memasuki tempat mandi tanpa kain
separas pinggang, maka dia mendapat laknat (mal'un).


2. Wahai Ali, janganlah engkau ‘memakai cincin di jari telunjuk dan di jari tengah'. Sesungguhnya
itu adalah apa yang dilakukan oleh kaum Lut.


3. Wahai Ali, sesungguhnya Allah mengagumi hamba-Nya yang melafazkan istighfar:
"Rabighfirli fainnahu la yaghfirul-zunuba illa Anta" ( Tuhanku, ampunilah aku. Sesungguhnya
tiada yang mengampunkan dosa melainkan Engkau). Allah lalu berfirman: "Hai malaikat-Ku,
sesungguhnya hamba-Ku ini mengetahui bahawasanya tiada yang mengampunkan dosa melainkan
Aku. Hai malaikat-Ku: Jadilah saksi, bahawasanya aku telah mengampuni dia".


4. Wahai Ali, takutilah engkau daripada berdusta. Bahawasanya berdusta itu menghitamkan muka
dan disuratkan oleh Allah sebagai kazzab (pendusta). Dan, bahawasanya benar itu memutihkan
muka dan disuratkan oleh Allah sebagai sadiq. Ketahuilah engkau, bahawasanya sidq (benar) itu
berkat dan kizb (dusta) itu celaka.


5. Wahai Ali, peliharalah diri engkau daripada mengumpat dan mengadu-dumba. Bahawasanya orang
berbuat demikian itu diwajibkan ke atasnya seksaan kubur dan menjadi penghalang kepadanya di
pintu syurga.


6. Wahai Ali, janganlah engkau bersumpah dengan nama Allah, sama ada dusta atau benar, kecuali
dalam keadaan darurat, dan janganlah jadikan Allah permainan sumpah engkau. Sesungguhnya Allah
tidak menyucikan dan tidak mengasihani orang yang bersumpah dusta dengan nama-Nya.


7. Wahai Ali, janganlah engkau mencita-citakan rezeki untuk hari esok. Bahawasanya Allah
mendatangkan rezeki engkau setiap hari.


8. Wahai Ali, takutilah engkau daripada berbantah-bantah dan berkelahi dengan maki-hamun dan
sumpah-seranah. Bahawasanya perbuatan itu pada awalnya jahil dan pada akhirnya penyesalan.


9. Wahai Ali, sentiasalah engkau bersugi dan mencolek (mencungkil) gigi. Bahawasanya bersugi itu
menyucikan mulut, mencerahkan mata dan diredai Allah, manakala mencolek gigi itu dikasihi malaikat
kerana malaikat amat tidak senang dengan bau mulut kerana sisa-sisa makanan di celah gigi tidak
dicolek selepas makan.


10. Wahai Ali, janganlah engkau melayani rasa marah.Apabila timbul rasa marah, duduklah engkau
dan fikirkanlah mengenai kekuasaan dan kesabaran Allah Taala ke atas hamba-Nya. Pertahankah
diri engkau daripada dikuasai kemarahan dan kembalilah engkau kepada kesabaran.


11. Wahai Ali, perhitungkanlah (tahassub) kurniaan Allah yang telah engkau nafkahkan untuk diri
engkau dan keluarga engkau, nescaya engkau peroleh peruntukan daripada Allah.


12. Wahai Ali, apa yang engkau benci pada diri engkau, maka engkau bencikan juga pada diri
saudara engkau dan apa yang engkau kasih pada diri engkau maka engkau kasihkan juga pada diri
saudara engkau, yakni engkau hendaklah berlaku adil dalam memberi hukuman. Dengan itu, engkau
dikasihi seluruh isi langit dan bumi.


13. Wahai Ali, perbaikkanlah perhubungan di antara penduduk (jiran) sekampung dan antara ahli
rumah engkau. Hiduplah dengan mereka sekaliannya dengan rasa persahabatan dan kekeluargaan,
nescaya disuratkan darjat yang tinggi bagi engkau.


Wahai Ali, peliharakanlah pesananku (wasiatku). Engkau akan peroleh kemenangan dan kelepasan.
InsyaAllah



Islam pada awalnya asing dan akan kembali terasing, maka berbahagialah kiranya bagi yang terasing.

WASIAT ALLAH S.W.T

5 WASIAT DARI ALLAH S.W.T. KEPADA RASULULLAH S.A.W

Dari Nabi S.A.W., "Pada waktu malam saya diisrakkan sampai ke langit, Allah S.W.T telah memberikan
lima wasiat, antaranya :

· Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia
ini untuk engkau.

· Jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah kepada-Ku.

· Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga.

· Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak ada kuasa di tangan
mereka.

· Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu berserta qiamullail.

Ibrahim bin Adham berkata, "Telah datang kepadaku beberapa orang tetamu, dan saya tahu mereka itu
adalah wakil guru tariqat. Saya berkata kepada mereka, berikanlah nasihat yang berguna kepada

saya, yang akan membuat saya takut kepada Allah S.W.T. Lalu mereka berkata, "Kami wasiatkan
kepada kamu 7 perkara, iaitu :

· Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.

· Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata himat darinya.

· Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya.

· Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnul khatimahnya.

· Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.

· Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan
agamanya.

· Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan sangat akan keredhaan Allah daripadanya."



Wednesday, June 3, 2009

TAZKIRAH UMUM!!!!HAYATILAH DENGAN MATA HATI YG JERNIH

Logiknya Solat dalam Sudut Pandangan Sains

Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang
disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif.
Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.

Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan
ketidakseimbangan dalam tubuh kita.

Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian.
Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.

Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat
berjemah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.

Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam
badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan
tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai kelebihan.
Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada
di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang
berlebihan - sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita.
Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.

Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa
jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya
memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh
didirikan 2 rakaat.

Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan
cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang
disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zohor
didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dakam tubuh.

Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas.
Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang
dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.

Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak
menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan
sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yng kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.

Timbul persoalan di fikiran professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat.Logiknya, pada waktu
malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang
banyak.

Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak.
Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud
di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta
memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail).

Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu a gama yang l engkap dan istimewa.
Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah ynag tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri.
Belaiu merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah
beliau memeluk agama Islam.

Sekian untuk renungan kita bersama